Want your
own Fotopage?






 
++ Melaka Wedding Photographer ++

By: Fadli Aris

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 31-Mar-2008 03:40 Email | Share | Bookmark
Program Alumni Adventure Team (A-Team) KTC - Episode 1

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kelmarin & semalam aku berpeluang untuk turut serta dalam Program Alumni Kelab Adventure Team (A-Team), kelab rekreasi yang aku join sejak belajar di UTM dulu sampailah sekarang. Kelab ini mengkhusus kepada aktiviti-aktiviti lasak spt mendaki gunung, berkayak, dan sebagainya. Ye la, kalau tgk pada nama kelab ni pun, dah boleh agak dah.

Program ni berlangsung di KM Chalet, Kuala Linggi, Melaka. Program ni start pada pukul 3.00 ptg 29hb Mac. Tapi disebabkan aku ada wedding job pada hari jumaat dan sabtu tghari, aku hanya sempat sampai ke sana pukul 6.15 ptg. Nasib baiklah wedding tu pun cuma kat Melaka.

Sampai-sampai je, diorg semua dah buat macam-macam aktiviti rupanye. Ternampak pulak ada sekumpulan budak-budak ni yang tengah main beach volley. Sempat gak la aku shoot gamba Aishah (Tok Batin) tgh nak buat serve.


(Aku pun dah lupe mane datangnya nama Tok Batin ni..)

Pastu, ternampak pulak ada dua orang jejaka kesepian . Aku pun tak lepaskan peluang.




(Ni teringat rokok ke apa ni bang..)

dan dua orang awek yang comel ni. Dengar cerita pemalu orangnya..



Rupa-rupanya, ada satu games lagi yang nak dimainkan petang ni, tarik tali. Macam biasa la, kalau ada yang badan agak2 'banyak muscle' (ayat sopan), sure kena jadik anchor punye. Seperti contoh di bawah :



Sampai dah tahap berbaring pun ada..



Yang ini sepatutnya acara tarik tali untuk budak-budak perempuan. Tapi kalau ditengok betul2, ramai jugak 'penarik2 hantu yang berbulu kaki' yang sibuk nak interframe.



Gamba 18SX..


(Aku pun tak paham jantina mamat yang tgh terbaring tu.. )

Satu benda yang ahli2 kelab ni paling suka adalah kamera. Ha, nilah yang terjadik kalau diorg dengar perkataan 'camera', 'gambar' ataupun 'satu.. dua..'. (Moral : Kalau nak bergambar sorg2, baik takyah. Kalau nak gak, kena bisik2. Tu pun kalau nasib baik, dapat laa)



Sebelah malamnya pulak, diadakan aktiviti 'berkenal-kenalan' + penyampaian cenderahati + karaoke. Tapi sebelum tu, kita makan dulu..


(Gamba lagi penting dari makanan..)

Lepas masing-masing dah mengisi perut, sesi ice breaking pun dimulakan antara ahli-ahli kelab dengan alumni kelab. Diikuti dengan penyampaian cenderahati untuk ahli-ahli tahun empat yang dah nak abis belajar. Kira last sem aaa. Aku sebagai salah seorang bekas pengerusi kelab kena la pulak sampaikan cenderahati tu.


(Dah abis tarik nafas dah tu.. )

Salah sorg daripada budak-budak tahun empat..


Ish.. ish.. ish.. Anak sape la ni..

Next, aktiviti karaoke. Dimulakan dengan en. Fariz, semua nak tunjukkan bakat masing2. Satu je masalah, abg yang jaga karaoke tu takde sediakan list lagu untuk budak2 ni pilih. Semua dia lambak dalam satu kotak je. Dah satu hal nak mencari cd bile nak nyanyi. Tapi itu tak manghalang Yatt yang rendang untuk tunjukkan bakat dia.


(Si Shah ni membongkok nak bagi sama level ke.. )

Sampai ke tahap bersilat pun ada..



Sudahnya, abg technician (awie) yang susah bile penyanyi tersepak wayar..



Ni satu hal pulak. Bole dibantainya tido masa org tgh karaoke..



Yang lain2, mcm biasa laa.. satu.. dua..


(Photographer pun nak interframe gak.. aku pun x ingat sape yg snapkan masa ni.. )

Ni nak buat ombak ke nak lawan bau ketiak..


(p/s : Sireh, mane belantara yang ko cakap tu.. x nampak pun.. )

Ada gak yang dah boring dengar orang melalak, terus turun ke pantai. Yeah, ni lah permainan favorite dalam kelab A-Team ni. Cap Kalicap. Cap Kalicap Kalicap Cap Cap.....



Hai, penat ke enol..


(Teringat lak aku masa main cak kalicap ekstrem masa Program Gunung Panti..)

Tu adalah aktiviti terakhir untuk ari tu. Lepas tu, semua buat aktiviti bebas. Yang terus direct masuk bilik berkeruh pun ada. Awie, Fariq, Shah, Cikien dan beberapa org lagi terus layan karaoke (wei, takkan lagu hindustan & lagu ali mamak pun layan kot ). Aku, Lan, Gap, Fariz, Enol, Sireh, Apit dan beberapa budak yang aku tak tau nama dok borak2 dan bincang pasal A-Team punya perkembangan. Ada jugak yang sambung aktiviti bergambar. Ye aaaa, mcm budak2 ni bukan selalu dpt jumpe alumni kan. Aku pulak, pukul lima baru aku tido. Dok borak sampai tak sedar dah lewat. Aduh, besok nak kena bangun awal.

Pick of the day..


(Musykil betul aku, mcm mane la si Fariq(baju coklat) bole lompat style mcm tu..)


To be continued...

Fadli,

Nanti jangan lupa upload gambar2 curi aku tu ok. Thanks bro!

p/s: Aku tengah memikir nak cari kamera ke tak lepas ni.. hmmm
Mon 31-Mar-2008 05:37
Posted by:Fariz fariz.ramli@gmail.com
cun3x...haha...tp msh xpuas ati...xder skeping pon gamba sy interframe neh...caner ni inchek photographer...xaci mehhh...i want more!!! =P cpt laa upload... Mon 31-Mar-2008 11:54
Posted by:shah sangkut pepecraze_07@yahoo.com
a.pali..wah!!!!!!!serius mmg sgt lawa gambar yg ko amik..
upload lagi4!!!!
HEHE..
pada yg xdpt nak join 2,hayati jela gmbr2 yg besh ni ae..
sob3x.. =,<
Mon 31-Mar-2008 12:37
Posted by:malik ateam jb webkill_rock@yahoo.com.my
iskk iskk.. saya ini adalah dengan ini amatlah dengki tidak tidak terhandle nyer skalik.. tp naseb baek arr ada org yg tulun amek gamba so buleh arrr nak tgk inilah semangat yg kami inginkan dalam ateam.. jgn jadik macam nizahid ada camera mahal akan tetapi simpan gamba sowang2.. we want more! we want more! Mon 31-Mar-2008 20:19
Posted by:fiziskandarz  - [Link]
waaa manyak best woooooooo... sayang tak dpt join! gelak gila aku tgk gambo2 ni.. syioknya! Mon 31-Mar-2008 21:53
Posted by:Kam My Laydee  - [Link]
lawa seh...series lawa....
upload ar lagi...
Tue 1-Apr-2008 06:25
Posted by:shidi
muahahhaha....
sangat menarik arr prog nih...
tapi gambar2 aku apsal banyak yang dari blakang jer???????
sangat tidak berpuas ati...
sepatutnye banyak lagi gambar2 yang aku de enterprem....
yang pasal belantara tuh...
malam mana ada akar nak cari cahaya en padli....
huhuhu
Tue 1-Apr-2008 07:20
Posted by:enchek sireh
abg padli..mna tau saya ni pemalu?? hikhik..ala, sukenya sgt kt smua gbr2 abg padli tu..cptla upload gbr yg lain.. Tue 1-Apr-2008 10:13
Posted by:lina jr
mmg best r gamba2 ni sume...cam gamba tampal pn ade gak...
huhu...bile nak upload gamba2 laen ni...xsaba nak tgk...
Tue 1-Apr-2008 11:48
Posted by:scott
best nyer xtvt alumni...waaa
sgt la jealous tengok..teringat zaman berateam di utm dulu
Tue 8-Apr-2008 01:16
Posted by:nazi naziazme@yahoo.com  - [Link]
wakakaka... gamba yg lawa ditambah pula dgn ulasan yg sgt kelakar.. hasilnye dt senak perut. adehhh.. hahaha..

|| airiena - melaka ||
http://delimaandaman.fotopages.com
Tue 8-Apr-2008 12:45
Posted by:Airiena  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.